Sistem Store Kredit Akan Dilaksanakan Sepenuhnya

Isu Berkaitan Kenaikan Harga

 

1. Seperti Tuan Puan maklum, Pamawa sentiasa mengamalkan konsep MURAH & LAJU

 


2. Kebanyakkan produk Pamawa adalah produk di bawah RM30 yang mana ini memudahkan Tuan Puan membuat jualan berbanding jualan produk mahal. 

 


3. Produk di bawah RM30 ini juga sentiasa fast in & fast out. Inilah fokus konsep jualan Pamawa yang diamalkan selama ini. 

 


4. Setelah memikirkan masalah kenaikan harga produk sejak akhir-akhir ini, beberapa langkah akan diambil bagi memastikan produk PAMAWA sentiasa kompetitif dan memudahkan Tuan Puan buat jualan di laman Shopee & Lazada. 

 


Ipay Akan Dibatalkan Sepenuhnya

 


5. Buat makluman, sistem pembayaran Ipay adalah third party yang mana setiap transaksi dikenakan bayaran sebanyak 5% atau minimum RM0.60 . 

 

 

6. Secara purata, PAMAWA membayar kepada ipay sebanyak RM2,000 hingga RM3,000 bagi nilai transaksi bulanan. Jumlah ini sangat besar yang mana boleh menampung kos PAMAWA pada masa kini. 

 

Sistem Store Kredit Akan Digunakan Sepenuhnya

 


7. Sistem Store Kredit adalah sistem Top Up yang mana agen PAMAWA perlu 'top up' dahulu dan kemudiannnya menggunakan wang dari Store Kredit itu bagi pembayaran.

 

 

8. Sistem ini amat mudah dan anda tidak perlu lagi menunggu TAC dari pihak bank untuk membuat pembayaran menggunakan Ipay.

 

 

9. Walaubagaimanapun, Sistem Store Kredit ini adalah secara manual iaitu anda perlu membuat pemindahan wang ke akaun Maybank PAMAWA dan memaklumkan kepada admin berkenaan Top Up anda tersebut.

 

 

Minimum Topup

 


10. Pihak PAMAWA sedar kerisauan anda bagi mengeluarkan wang terlebih dahulu melalui sistem Store Kredit. Jesteru, minimum Top Up di Store Kredit ialah RM20 sahaja diikuti oleh RM50, RM100, RM500 dan RM1000.

 


11. Pelaksanaan Sistem Store Kredit akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Jan 2020

 


12. Maklumat lanjut berkenaan Sistem Store Kredit ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa. 


Terima kasih.