Masalah Produk Tak Scan

Sejak akhir-akhir ini banyak berlaku masalah courier tak scan apabila pickup. Beberapa makluman untuk tuan adalah seperti berikut :


Pihak pamawa menggunakan sistem pickup dan bukannnya hantar ke kaunter seperti yang anda sangkakan. 

 

 

  • Penghantaran Ke Kaunter : Anda bayar dan petugas courier di kaunter terus scan produk anda menandakan produk anda telah diterima. 

 

  • Pickup : Lori / van pickup datang ke store pamawa dan hanya ambil tempahan / produk. TIDAK SCAN. Lori pickup tersebut kemudiannnya ke tempat lain untuk pickup order dari store yang lain. Pihak courier hanya scan apabila kembali ke store mereka pada waktu malam. 


Masalah : Produk mungkin missing ketika lori pickup tersebut mengambil order dari store yang lain dan ini juga menyebabkan pihak pamawa tiada bukti bahawa kami telah menghantaran tempahan anda.

 

TUNTUTAN KEPADA KOURIER


Oleh kerana perkara ini banyak kali terjadi, pihak pamawa TIDAK AKAN menanggung kerugian lagi untuk membuat penghantaran bagi kali kedua jika rekod menunjukkan bahawa produk telah dihantar. Namun, kami akan bantu anda untuk buat tuntutan dari Shoppee berkenaan perkara ini. 


1.  Hantar email kepada pihak Shopee di link di bawah :

==> https://help.shopee.com.my/s/contactusform?articletitle=undefined&articleId=undefined


2. Maklumkan bahawa anda telah membuat penghantaran secara PICKUP namun pihak courier tidak scan. Contoh ayat seperti di bawah:


"Hi, Im [nama anda] from [nama akaun shopee]. i have shipped my order [no order] using JnT/ POSLAJU / DHL and they do not scan the item. Currently the order in late delivery status / cancelled status. What should i do?
 


3. No order di Shopee boleh dilihat seperti di bawah : 


 

4. Anda akan menerima email balasan dari Shopee yang meminta bukti penghantaran seperti berikut : 


 

5. Pihak Shopee akan meminta perkara berikut dari anda. 
 

a. Bukti penghantaran
Hantar AWB anda. 

b. Gambar produk di luar (gambar bungkusan) dan di dalam (gambar produk).
Minta bantuan admin pamawa untuk gambar ini. 

c. Invoice
Sediakan invoice. Anda boleh mengeluarkan invoice secara online di https://invoice-generator.com/#/2

d. Tarikh Penghantaran
Makluman tarikh penghantaran anda. 


5. Pihak Shopee akan mengambil masa 1 - 3 minggu untuk mengantikan wang anda semula.

Maklum.